MEMBACA DOA SEBELUM MAKAN

Membaca basmalah sebelum makan adalah termasuk dalam perkara sunat dan adab-adab makan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW.
Sabda Nabi SAW : “Sekiranya seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah :
بِسْمِ اللَّهِ
Sekiranya dia terlupa (menyebut nama Allah) pada awal (mula makan), maka sebutlah ;
بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
(Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).”
Di antara kelebihan membaca basmalah sebelum makan ialah memohon kepada Allah SWT agar memberkati makanan tersebut serta memberi manfaat buat diri kita serta dijauhi daripada syaitan.


Doa sebelum makan yang umum diamalkan untuk memohon keberkatan rezeki adalah:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Allahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa waqinaa 'adzaa bannar
Maksudnya: "Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab api neraka".