Dari Warung Kampung ke Ekonomi Digital: NR Delivery Bawa Makanan Halal Tempatan Terus ke Pintu Rumah Anda

KUALA NERUS, TERENGGANU — Sebuah platform penghantaran makanan milik anak tempatan Terengganu sedang mencuri perhatian pengguna di Pantai Timur. Namanya NR Delivery — aplikasi pesanan dan penghantaran makanan serta barangan runcit 100% halal yang dibangunkan khas untuk pasaran F&B Halal Malaysia.

Berbeza dengan platform gergasi antarabangsa, NR Delivery datang dengan satu pendirian yang jelas: utamakan makanan Halalan Toyyiban, dan sokong peniaga tempatan.

Bermula di Batu Rakit, kini merentas negeri di Pantai Timur (Terengganu, Kelantan, Pahang) & Lembah Klang

NR Delivery membuat soft launch rasminya pada 4 Ogos 2026 di NR Cafe, Pengkalan Maras, Batu Rakit, Terengganu. Dalam masa kurang sebulan sahaja, platform ini telah mengembangkan operasi ke seluruh Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu serta Daerah Bachok Kelantan, dan kini menghimpunkan lebih 100 vendor halal di negeri terengganu, kelantan dan lembah klang. Rider-rider NR Delivery sedia membuat penghantaran untuk setiap pesanan pelanggan dari aplikasi NR Delivery.


Yang menarik, senarai vendornya bukan rangkaian francais besar. Ia nama-nama yang sinonim dengan orang tempatan seperti: Warong Satay Pok, Bangsal buruk, NR Cafe Pata, KopiMung, Nasi Dagang Kak Wan, Burger Tok Jiring, Mika’s Homemade Burger, Burger Malam Abe Mie, Gerai Cik Anie, Kedai Nasi Bajet Kak Sa, Mee Celup Dapur Umi, Kedai Nasi Ayam Kak Mah dan banyak lagi.

Bukan sekadar hantar makanan

Melalui satu aplikasi, pengguna boleh:

Delivery — makanan panas dan barangan runcit dihantar terus ke rumah, pejabat atau mana-mana lokasi
Dine-In — buat pesanan terus di premis vendor (restoran, kafe, warung, kedai runcit)
Takeaway — pesan awal, ambil sendiri tanpa beratur
Marketplace & Pakej — termasuk pakej iftar untuk musim berbuka puasa

Pembayaran boleh dibuat secara digital melalui FPX perbankan dalam talian. Terdapat juga harga istimewa untuk pelajar — satu kelebihan besar di kawasan berdekatan universiti dan institusi pengajian.

"Kami bina ekosistem, bukan sekadar platform.. Misi kami: Empoewring Value" - Tuan Haji Nazmi bin Ghazal (Founder/ Pengasas NR Delivery)

NR Delivery dimiliki dan diuruskan oleh NR Delivery (SSM: TR0338097-P), beribu pejabat di Kuala Nerus, Terengganu. Diasaskan oleh Tuan Haji Nazmi bin Ghazali, seorang usahawan F&B dengan pengalaman lebih 20 tahun.


Melalui Pengurus NR Delivery bagi Negeri Kelantan, Encik Mohd Al-Amin bin Mohd Razali 

Kini NR Delivery sedang meneroka pasaran penghantaran F&B Halal di negeri kelantan dengan membuka pendaftaran semua peniaga makanan di seluruh kelantan menjadi vendor NR Delivery

NR Delivery dibangunkan oleh pasukan IT Tempatan  dengan jaringan teknologi dan pasukan antarabangsa

Selain pelanggan, platform ini membuka tiga pintu pendapatan kepada orang ramai — semuanya pendaftaran percuma:

1. Vendor — Peniaga makanan, minuman dan runcit boleh mendaftar tanpa kos, dapat dashboard jualan sendiri, akses pelanggan baharu, promosi digital dan laporan jualan.

2. Rider — Waktu kerja bebas, kawasan penghantaran sendiri, pendapatan harian selepas setiap penghantaran, serta bonus dan insentif berdasarkan prestasi. Pendaftaran boleh disiapkan dalam beberapa minit dengan hanya IC dan lesen.

3. Partner / Ejen Wilayah — Menguruskan vendor halal di kawasan masing-masing dan menjana komisyen secara konsisten melalui dashboard eksklusif.

Dalam kenyataan di laman rasminya, syarikat itu menegaskan falsafahnya: "Kami bukan hanya membina platform, tetapi kami bina ekosistem yang beri nilai tambah." Mereka turut membuka pintu kepada rakan niaga dan pelabur yang membawa modal, kepakaran, pengalaman atau rangkaian.

Kenapa ini penting?

Setiap kali pengguna memesan melalui NR Delivery, wang itu berpusing dalam ekonomi setempat — kepada makcik yang jual kuih/nasi, abang yang bakar burger malam, dan kedai runcit kecil dalam kampung. Ini bukan sekadar kemudahan; ia sokongan langsung kepada usahawan kecil Malaysia -di kawasan luar bandar khasnya.

Dengan NR Delivery, semua orang boleh menambah pendapatan dengan menjadi Rider, Vendor atau Partner NR Delivery

Dan bagi pengguna Muslim, satu kerisauan lama terjawab: semua vendor di platform ini adalah halal. Tak perlu lagi tertanya-tanya status makanan yang sampai ke pintu rumah.

Cara sertai

Muat turun aplikasi NR Delivery:

Google Play Store: play.google.com/store/apps/details?id=com.sherdle.nrdelivery12026
Apple App Store: apps.apple.com/us/app/nr-delivery/id6752553230

Laman web: https://nrdelivery.com Daftar 

Vendor: https://nrdelivery.com/vendor_register.php 

Daftar Rider: https://nrdelivery.com/rider_signup.php 

Daftar Partner: https://nrdelivery.com/partner_signup.php

Hubungi: WhatsApp +6011 5584 9242 | support@nrdelivery.com | Buka setiap hari 7 pagi – 12 malam

Ikuti di media sosial (@nrdeliveryhq): Facebook · Instagram · TikTok (@nr.deliveryhq) · X · Threads · YouTube